Gusti Mongolia
Gusti Mongolia atau gulat Mongolia, (juga diberi nama Bökh ( skrip Mongolia : ᠪᠥᠬᠡ ; Mongolian Cyrillic : Бөх atau Үндэсний бөх), adalah sukan gusti tradisi yang lazim dalam kalangan orang Mongol di Mongolia, Mongolia Dalam serta kawasan-kawasan lain serantau. Sukan ini melibatkan petarung berlawan sesama mereka tanpa menyentuh tanah dengan apa-apa selain daripada anggota kaki. [1]
Gusti ini terutamanya merupakan sukan terpenting dalam "Kemahiran Manusia" dalam kebudayaan masyarakat Mongolia, selain menunggang kuda dan memanah . Genghis Khan menganggap gusti sebagai cara penting untuk menjaga tenteranya dalam bentuk fizikal yang baik dan berperang siap.
Peraturan[sunting | sunting sumber]
Setiap perlawanan pada tahap profesional akan diperhatikan dua orang zasuul yang bertindak sebagai jurulatih dan pengadil pemain masing-masing.
Tarian gelanggang[sunting | sunting sumber]
Setiap pemain yang masuk akan melakukan tarian tersendiri untuk menyiapkan diri - tarian yang dilakukan ini lazimnya meniru pergerakan haiwan kuat seperti jentayu, rusa atau harimau.
Memulakan perlawanan[sunting | sunting sumber]
Menumpaskan lawan[sunting | sunting sumber]
Seseorang akan dikira kalah sekiranya ditumbangkan, namun bahagian mana yang dikira berbeza mengikut kelaziman - kaum Oirad Xinjiang mengira apabila tulang belikat jatuh ke tanah; sementara kaum Dalam, Hulunbuir, Ordos dan Alagshaa/Shalbur mengira apabila mana-mana anggota badan atas lutut menyentuh tanah.
Adab berlawan[sunting | sunting sumber]
Sukan ini sangat menumpukan kepada semangat kesukanan tinggi sesama petarung di mana kedua-dua lawan dipastikan berada dalam keadaan teratur meskipum setelah bergusti dengan linca dan sengit. Misalnya:
- perlawanan pun adakalanya dijeda seketika sekiranya pakaian lawan dilonggarkan lalu lawan harus membantu menyematkan semula,
- lawan tersungkur mesti dibantu bangun semula,
- kedua-dua lawan mesti bersalaman dan tabik hormat sesama mereka dan kepada penonton sebelum memulakan perlawanan.
Kelengkapan[sunting | sunting sumber]
Pakaian[sunting | sunting sumber]
- Zodog: jaket lengan pendek ketat mendedahkan dada diperbuat daripada wul atau sutera yamg disematkan pada pemakai dengan ikatan di belakang.
- Shuudag: seluar pendek ketat diperbuat daripada kain kapas yang memudahkan pergerakan serta mengelakkan kemungkinan menyungkur akibat ditarik atau terpijak kain berlebihan
- Gutal: but kulit khas pants or to avoid material to trip upon
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ The Alternative Olympics by Ron Gluckman (Mongolia)